Friday 29 June 2012

MESIN CNC ROUTER / LARIK / MILLING (CNC ROUTER MACHINE)

CNC Adalah Kepakaran Kami Kerana Kami Sendiri Yang Membuatnya!
CNC Is Our Expertise Because Of Our Own Making!





Pengenalan:

Pada tahun 2009 kami menjalankan R&D dan telah membuat sendiri prototype pertama kami iaitu membuat Mesin CNC Router. Dan setelah beberapa kali mencuba (ada design / barang / parts yang kurang sesuai menyebabkan mesin tidak dapat berfungsi dengan baik) tetapi akhirnya kami berjaya membuat sebuah Mesin CNC Router. 
Kurnia Al Rizq ditubuhkan dengan rasmi pada tahun 2011 dalam industri pembuatan (manufacturing) mesin cnc router. Dengan bangganya kami adalah  syarikat PERTAMA di Malaysia yang membuat Mesin CNC secara 'Custom-made' mengikut keperluan industri anda. Dan semestinya harga yang kami tawarkan adalah jauh lebih murah dari mesin cnc yang ada di pasaran sekarang.

Kini anda mempunyai pilihan untuk 'low cost machine' atau 'high cost machine'. Jika anda mempunyai budget kewangan yang baik, anda boleh memilih 'mechanical parts' keluaran THK-Japan. 

Selepas itu kami terus melangkah ke hadapan dan sentiasa menjalankan R&D dalam memantapkan lagi proses pembuatan kami.

Ini termasuklah jenis-jenis CNC Router, Lathe CNC, Plasma CNC, Stone CNC, 3D Printer, 3D Scanner dan Sandblasting.

Kami turut membekalkan mekanikal dan elektronik parts seperti stepper motor, stepper driver, ballscrew, spindle motor, linear guide dan lain-lain yang berkaitan industri cnc.

Selain itu kami juga berkongsi kepakaran kami dengan menganjurkan dan menerima jemputan membuat kursus berkaitan CNC dan Sandblasting.

Mesin CNC Router ini boleh digunakan untuk tujuan:
- Engrave
- Cut Out
- 3D Profile
- 2D Cut untuk bahan (material) seperti kayu, acrylic, aluminium, plastik, mdf board dll.

Mesin CNC Router yang kami hasilkan adalah mudah untuk digunakan, mudah alih, mesra pengguna (friendly user). Hasil kerja lebih cantik & cepat. Motion controller adalah jenis 'stand alone' dan 'PC-Based Mach 3' (berlesen).

Pengendalian mesin di beri tunjuk ajar secara percuma selama 12 jam dengan setiap pembelian.
Software yang kami pakejkan ialah Cambam Beta (freeware licence).

Walaubagaimana pun jika pengguna berkemampuan,boleh memilih software lain seperti Vetric, Aspire, Artcam, Cambam Plus dan lain-lain mengikut keperluan industri anda. Sila lihat 'Link Software' di sebelah untuk lebih lanjut.

Harga sangat berpatutan dan antara yang termurah dalam pasaran. Ini kerana kami membuat mesin cnc tersebut sendiri. Harga bergantung kepada saiz dan spesifikasi mesin. Harga kami juga adalah yang terendah dalam Malaysia dan mampu dimiliki.

Sila ke link berikut untuk melihat lain-lain mesin cnc yang telah kami siapkan untuk pelanggan kami.

http://kurnia-alrizq.blogspot.com/2014/04/mesin-cnc-router-cnc-router-machine-2.html
http://kurnia-alrizq.blogspot.com/2013/01/mesin-cnc-custom-made.html
http://kurnia-alrizq.blogspot.com/2013/09/mesin-cnc-milling-our-customers-machine.html
http://kurnia-alrizq.blogspot.com/2014/10/3d-printer.html
http://kurnia-alrizq.blogspot.com/2014/10/3d-scanner.html

Kami juga turut menawarkan Kursus Penggunaan dan Pengendalian Mesin CNC dan Sandblasting 2015.
http://kurnia-alrizq.blogspot.com/2014/12/kursus-pendek-pengendalian-cnc-router.html




Untuk pertanyaan boleh hubungi:
+012-5974 968  (En. Azam Omar)
+012-3647 189 (Pn. Suraya)
email: kurnia.alrizq@gmail.com




No comments:

Post a Comment