Saturday 16 March 2013

Kursus 5 Hari 'Sandblasting' (Dekoratif Kaca).

Pada 11 Mac 2013 - 15 Mac 2013 yang lalu, pihak kami di Kurnia Al Rizq telah bekerjasama dengan Furniture Industry Technology Center (Fitec) untuk menganjurkan Kursus Teknologi Kemasiapan Dekoratif Kaca dengan menggunakan teknik Sand Blasting pada kaca dan tiles.

Kursus selama 5 hari ini merangkumi pembelajaran dari segi teori dan praktikal.  Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta tentang cara-cara penggunaan teknik seni ukir kaca dan tiles.

Kursus ini telah berjalan dengan jaya dan lancar dan minat yang ditunjukkan oleh para peserta. Kursus ini terbuka kepada para usahawan dan kepada sesiapa yang berminat.

Akan datang! Kursus Pengendalian dan Penggunaan Mesin CNC Router 2015!
http://kurnia-alrizq.blogspot.com/2014/12/kursus-pendek-pengendalian-cnc-router.html

TEMPAT TERHAD!



Pada hari pertama - sesi penerangan secara teori oleh En. Mohd Azam kepada peserta kursus.



Hari ke-2, peserta mula membuat praktikal dengan memotong corak / artwork pada sticker.



Hari ke-3 dan ke-4, peserta mula memasuki bengkel.

Salah seorang peserta melakukan sendiri proses sandblasting pada kaca.



Salah satu hasil sandblasting yang dilakukan peserta kursus dengan teknik 'Frosted'.


Tunjuk ajar oleh En. Mohd Azam kepada peserta kursus.




Pada hari ke-5 sebagai penutup, kata-kata motivasi dan semangat oleh En. Mohd Azam Omar kepada peserta kursus.



Para peserta dengan hasil kerja masing-masing pada hari ke-5.





1 comment: